Kandungan:
  • Apa itu resdung
    • Gejala-gejala resdung
  • Punca resdung
  • Ulat resdung?

 

Apa itu Resdung?

Resdung merupakan antara masalah yang banyak mengganggu keselesaan dan keyakinan diri individu yang menghidapnya.

Hal ini kerana terdapat beberapa gejala resdung yang 'mengganggu' kehidupan sehari-harian penghidap resdung.

Apakah gejala-gejala penghidap resdung?

Gejala-gejala Resdung

Berikut merupakan diantara beberapa gejala resdung:

  • Alahan hidung seperti bersin, gatal hidung, dan mata.
  • Nafas berbau tidak menyenangkan.
  • Rasa sakit atau berat pada bahagian muka terutama kawasan diantara mata.
  • Lendir berlebihan dari hidung dan tekak.
  • Hidung tersumbat.
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan.

Berikut merupakan diantara beberapa gejala resdung:

  • Alahan hidung seperti bersin, gatal hidung, dan mata.
  • Nafas berbau tidak menyenangkan.
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata.
  • Lendir berlebihan dari hidung dan tekak.
  • Hidung selalu atau mudah tersumbat.
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan.

Punca Resdung

Resdung juga dikenali sebagai sinusitis / jangkitan sinus atau rinosinusitis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh keradangan atau jangkitan pada rongga sinus seseorang menyebabkan seseorang itu mengalami gejala-gejala resdung.

Rongga sinus adalah rongga di bawah lapisan kulit muka.

Keradangan pada rongga sinus disebabkan oleh fungus, bakteria, atau virus yang menjangkiti kawasan tersebut.

Jangkitan pada rongga sinus itu menyebabkan tubuh badan memberi tindak balas dengan menghasilkan cecair atau lendiran sinus dengan banyak untuk melindungi kawasan tersebut. Inilah punca kepada gelaja-gejala resdung yang berlaku.

Ulat Resdung?

Benarkah resdung disebabkan oleh kewujudan ulat pada rongga sinus?

Gempar pada satu-satu masa dahulu terdapat rawatan yang dapat mengeluarkan ulat-ulat dari hidung dan rongga sinus. Perkara ini ternyata adalah palsu kerana tidak ada bukti klinikal menunjukkan resdung disebabkan oleh 'ulat'.

Rasa gatal dan pedih pada kawasan rongga sinus adalah tindak balas semulajadi tubuh badan kita melawan jangkitan yang menyebabkan resdung.

Cecair atau lendir sinus yang banyak dihasilkan merupakan salah satu sistem pertahanan tubuh kita.

Jadi, dari mana datangnya ulat seperti yang diviralkan sebelum ini?

Ada yang diambil dari masalah 'botfly' dan ada juga yang menggunakan ulat dari perut lipas.