Kulit Kusam

Ciri-ciri Kulit Kusam

Wajah yang kusam kelihatan seperti ada lapisan pada kulit muka yang mengahalang seri wajah.

Meskipun memiliki rupa paras yang cantik, kulit yang kusam menyebabkan seseorang itu kelihatan kurang bermaya, tidak sihat, ataupun lebih tua dari usia sebenar.

Wajah yang kusam juga sering mempunyai masalah seperti parut jerawat, garis halus, beg mata (eye bag), bintik hitam, atau lingkaran hitam pada mata (mata panda).

Tona kulit juga kelihatan lebih gelap dari tona kulit asal jika seseorang itu mempunyai tubuh berkulit cerah.

 

Lapisan yang melapisi kulit muka yang kusam adalah lapisan sel kulit mati atau rosak, sebum (minyak pada muka), dan juga kotoran (debu pencemaran).

Lapisan ini menyebabkan kulit yang sihat terselindung menyebabkan jangka hayat tisu kulit yang sihat menjadi rendah.

Punca Kulit Kusam

Berikut merupakan beberapa punca kepada kulit menjadi kusam:

Kurang Ilmu Penjagaan Kulit.

Semua wanita mahu kelihatan cantik dengan menggunakan alat solek (make up) dan pencuci wajah.

Tetapi segelintir wanita mengabaikan penjagaan lanjut kulit muka. Antara perkara yang penting dilakukan pada wajah adalah gosokkan kulit muka atau 'face scrubbing'.

Aktiviti ini boleh dilakukan 1 atau 2 kali seminggu mengikut jenis kulit dan bahan yang digunakan. Sel kulit mati atau sisa make up yang tidak ditanggalkan dengan sempurna akan menyebabkan kulit muka menjadi kusam dan tidak sihat.

Tekanan Perasaan

Para wanita harus ingat bahawa tekanan perasaan atau 'stress' yang tak terkawal boleh jadi punca kepada masalah kulit kusam dan tidak sihat.

Bukan itu sahaja, stress juga boleh merosotkan kesihatan tubuh badan. Stress menggalakkan penghasilan hormon yang tidak baik secara berlebihan dan tak seimbang.

Lama kelamaan, sistem pertahanan badan atau sistem imun turut terjejas sekaligus kesihatan dan kecantikan tubuh badan merosot.

Tak Cukup Tidur

Tidur merupakan salah satu aktiviti yang paling digemari ramai. Tetapi ramai juga yang tak berjaya dapat waktu tidur yang secukupnya.

Sebenarnya waktu tidur adalah waktu untuk tubuh badan kita membaiki dan membetulkan semula sistem badan. Apabila kita kurang memperoleh waktu tidur, ia akan memberi kesan kepada kesihatan kulit terutama kulit wajah kita.

Selain masalah kulit kusam, kurang tidur juga boleh menyebabkan beg mata (eye bag), lingkaran hitam (mata panda), dan garis-garis halus.

Pemakanan

Amalan pemakanan yang tidak sihat juga boleh menjadi faktor kepada masalah kulit kusam.

Makanan berlemak, berminyak, terlalu manis, berkafien, dan tinggi garam bukan sahaja tidak bagus untuk kesihatan kulit malah untuk tubuh badan juga.

Di tambah pula dengan gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam dan kurang perihatin kebersihan diri akan memburukkan lagi keadaan.