Bagaimana Jerawat Terjadi?

Kadang-kadang kita berasa hairan bagaimana jerawat muncul dalam masa semalaman sahaja kan?

Bagaimana terjadinya jerawat ini? Apa yang menyebabkan jerawat bernanah dan membengkak?

Mari kita kenal pasti punca asas kepada pembentukan jerawat.

Secara asasnya, jerawat terjadi disebabkan oleh 3 punca asas ini :

  • Sebum
  • Sel kulit mati
  • Bakteria

Sebum, sel kulit mati, dan bakteria.

Sebum dihasilkan oleh kelenjar sebum (kelenjar minyak) yang berada di sekitar kawasan liang roma. Sebum sebenarnya adalah bahan (seperti) berlilin berfungsi untuk melembapkan tisu kulit, memerangkap kotoran, dan melincinkan pangkal rambut.

Lapisan permukaan tisu kulit terdiri daripada lapisan sel kulit mati yang berfungsi sebagai lapisan perlindungan. Tetapi apabila terlalu banyak sel kulit mati yang terkumpul pada permukaan tisu kulit, liang-liang roma akan mudah tertutup dan tersumbat.

Apabila liang-liang roma ditutupi oleh lapisan sel-sel kulit mati, sebum dan bakteria turut terperangkap di bawah lapisan sel kulit mati itu. Ini menyebabkan sebum yang semakin bertambah terkumpul di dalam liang roma (membengkak). Kemudian bakteria akan 'makan' atau menyerang sebum yang terkumpul itu.

Bakteria menghasilkan bahan buangan atau 'tinja' selepas menyerang sebum yang terkumpul. Tinja dari bakteria menyebabkan sel-sel kulit di sekeliling kawasan liang roma meradang dan menjadi kemerahan. Sistem imuniti tubuh badan (sel darah putih) pula bertindak balas dengan menyerang bakteria. Hasilnya sisa sel darah putih, bakteria yang dibunuh, dan tinja bakteria menjadi cecair yang dinamakan nanah.

Maka dengan itu terjadilah jerawat yang berwarna kemerahan dengan keradangan dan mengandungi cecair putih iaitu nanah.

Sila baca bahagian 2: Sebab Jerawat Mucul dengan 'Galak' di Muka check-circle icon

(Perkara tambahan yang menggalakkan jerawat muncul pada kulit muka)