Kenapa Jerawat Muncul dengan Kerap?

Sesiapa sahaja pasti akan berasa tertekan apabila jerawat muncul pada kulit wajah. Emosi boleh terganggu dan keyakinan diri mula menurun.

Apakah perkara-perkara yang menyebabkan jerawat muncul dengan 'galak' pada kulit muka?

Berikut adalah beberapa faktor yang menggalakkan kemunculan jerawat pada kulit wajah.

Baca bahagian 1: Punca Jerawat Muncul pada Kulit Muka check-circle icon

(Perkara asas yang menjadi punca jerawat muncul pada kulit muka)

Tidak Mengamalkan Scrub Muka

Seperti yang kita tahu, sel-sel kulit mati yang berlebihan terkumpul pada permukaan kulit muka boleh menyebabkan liang-liang roma dan kotoran tersumbat.

Kulit kita menghasilkan sel kulit baru untuk ganti sel kulit mati pada hampir setiap masa. Maka sel kulit mati juga akan cepat terkumpul pada permukaan kulit wajah. Ini buka sahaja menyebabkan kulit wajah menjadi kusam, tetapi juga 'mengundang' kehadiran jerawat.

Cara yang paling efektif untuk memastikan sel-sel kulit mati tidak terlalu banyak terkumpul pada permukaan kulit adalah dengan mengamalkan 'scrub' muka. Scrub boleh diamalkan 1 atau 2 kali seminggu sahaja menggunakan bahan yang sesuai dengan kulit wajah sendiri.

Tidak Mengawal Pemakanan

Pemakanan antara faktor yang penting dalam menggalakkan penghasilan jerawat pada kulit muka. Tersalah pilih makanan boleh mengakibatkan anda merana.

Berikut adalah kategori makanan yang menggalakkan penghasilan jerawat pada kulit muka.

  • Gluten - meningkatkan bilangan bakteria jahat dari dalam perut.
  • Kacang - meningkatkan penghasilan sebum dan kulit mudah meradang.
  • Produk tenusu - meningkatkan penghasilan sebum dan bakteria dalam perut.
  • Soya - meningkatkan hormon estrogen yang merangsang kewujudan jerawat.
  • Gula putih - meningkatkan penghasilan sebum dan kulit mudah meradang serta sukar untuk pulih.
  • Daging merah - daging merah yang dicucuk hormon akan memindahkan hormon tersebut kepada manusia dan meningkatkan penghasilan jerawat.

Bahan Kimia

Sebenarnya bahan kimia yang berbahaya juga boleh ditemui pada produk-produk kecantikan, kosmetik, dan penjagaan kulit.

Antara bahan kimia yang boleh menyebabkan jerawat :

  • Salicylic acid
  • Fragrance
  • Alcohol
  • Benzoyl peroxide
  • Silicone
  • Parabens

Bahan-bahan kimia seperti ini boleh menyebabkan kulit mudah mengalami keradangan, menyumbatkan liang roma, dan merosakkan struktur tisu kulit. Hasilnya kulit muka lebih cepat meradang, mudah terjadi jerawat, dan sukar untuk pulih (parut).

Emosi

Emosi antara faktor yang penting bagi seseorang wanita. Ini kerana wanita mudah berubah dan terkesan dengan emosi.

Apabila emosi seseorang itu mula tidak stabil atau mengalami emosi buruk seperti tertekan (stress), sedih, atau gelisah, ia memberi kesan kepada hormon di dalam badan.

Gangguan pada aturan hormon menggalakkan jerawat untuk muncul pada kulit wajah. Hal ini kerana kulit mudah mengalami keradangan, sistem imunisasi tidak dapat berfungsi dengan baik, serta menggalakkan kehidupan bakteria atas kulit muka.

Ini cumalah sebahagian dari perkara yang menjadi sebab jerawat muncul dengan galak pada kulit muka.Tetapi perkara-perkara ini sangat dekat dan penting untuk wanita. Dengan menjaga perkara-perkara ini sahaja sudah cukup bagus untuk para wanita mengelakkan kemunculan jerawat.